Monday, May 5, 2008

Ukiran Buah Butong

Mengikut ajaran agama Buddha ianya merupakan kehalusan bentuk patung Buddha sedang duduk. Oleh itu orang Melayu Islam menghalusinya dengan bentuk kelopak dan buah.

Konsep Dan Motif

Untuk memahami motif dicipta ukiran kayu, kita perlu memahami ajaran anutan orang-orang Melayu dari awal kerana ianya merupakan asas konsep rekacipta motif ukiran kayu tradis0nal Melayu di Malaysia.
Menurut Profesor Dr. Mohd. Taib Osman, pembentuka kepecayaan dan adat resam orang-orang Melayu di zaman silam telah melalui tiga peringkat iaitu pra sejarah, pengaruh hindu / buddha dan pengaruh agama / kebudaya Islam.
Kehadiran ajaran Ugama Islam, pemujaan atau menggunakan bahan berbentuk patung telah ditegah dengan tujuan mengelakan salah faham tentang ketuhanan, namun circ-ciri kebudayaan Hindu /Buddha masih dapat dilihat walaupun kansep Islam telah digunakan sepenuhnya.



Keterangan gambar di atas; keratan bunga teratai yang melambangkan konsep ketuhanan dan kealaman. Ianya boleh dibahagikan kepada 7 tingkat yaitu,
Tingkat Zat Allah,
Tingkat Muhammadiah,
Tingkat Hakikat-hakikat Segala Sesuatu atau hakikat,
Tingkat Alam Ghaib lagi Ghaib,
Tingkat Alam Ghaib,
Tingkat Alam nyata,
Tingkat manusia sempurna.






Seni Ukiran Kayu






Secerah Mentari Seharum Kasturi

Asalamu’alaikum Wrt. Wbt. Dan salam sejahtera

Ribuan terima kasih diucapkan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat Warisan Seni Melayu (PWSM), Universiti Teknology MARA kerana memberi peluang menulis rencana ini yang menjurus kepada penelitian, penerangan dan huraian berkaitan dengan ukiran kayu warisan seni Melayu tradisional di Malaysia. Rencana ini diharap dapat memberi kefahaman dan memperjelasan kepada pembaca dari sudut sejarah, konsep menjana motif, bentuk dan teknik
Sebagai ahli jawatankuasa PWSM, menyambut baik langkah PWSM mnyediakan ruangan ini kepada ahlinya untuk menulis dan mernerbitkan sesuatu yang berkaitan dengan warisan seni tradisional Melayu. selari dengam hasrat PWSM untuk melestarikanya. Harapan yang tinggi dan beryakin penuh agar ianya tidak luput begitu sahaja. Dengan cara dan usaha ini juga diharap dapat meningkatkan lagi tahap kegigihan, keyakinan dan penghayatanya.

Sebagai ahli komuniti PWSM, Saya rasa terpangil serta terdorong untuk menyertainya bagi menjayakan hasrat dan wawasan PWSM dan menyambut baik amanah ilmu yang berkehendakan seseorang itu mengambil manafaatnya yang boleh mendatangkan keuntungan pada dirinya dan orang lain.

Selamat berjaya, melaksanakanya seperti apa yang dikata dan dirancang, semoga dapat direalisasikan.
Wasalam.

Azman Bin Yaacob
’(Penolong pensyarah)
Fakulti Senibena Perancanggan Dan Ukur, UiTM


Mewangi Harum Setanggi Kemeyan
Setelah Ianya Hangus Dibakar
Dikenali Umum Seni Ukiran
Setelah Ianya Terus Diwar-war



Selayang Pandang Pembuka Bicara

Warisan Seni teradisi orang-orang Melayu,sering disebut juga didengar dikala ini. Terinbau dan timbul persoalan difikiran, apakah itu Warisan Seni Melayu. Sekelian orang Melayu sedar serta, kerap memperkatakan tentangnya. Sesuatu yang wajar untuk dijaga, dipelihara, diselengara serta dipulehara semoga ianya tidak luput ditelan usia. Hatta terdapat banyak warisan seni yang semakin pupus dari masa kesemasa kerana adanya sikap sambilewa serta tidak ambil hirau oleh kita masyarakat Melayu hari ini.

Warisan Seni Pusaka Melayu berkaitrapat dengan masyarakat orang-orang Melayu. Dapat disimpulkan dengan satu rangkai kata ”Tiadanya masyarakat orang-orang Melayu maka tiadalah wujud ”Warisan Seni tradisional Melayu”.

Menurut istilah Dewan Bahasa, masyarakat ialah terdapat sekumpulan manusia terdiri daripada individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai hubungan rapat lagi akrab yang sangat lama. Warisan Seni tradisional orang-orang Melayu telah terhasil daripada cara hidup masyarakat orang-orang Melayu berfikir, bekerja, membuat serta dan berhibur. Dapat dikelompokan dalam tiga bidang iaitu seni budaya merangkumi hiburan, seni pembinaan mreangkumi seni peralatan serta seni pembuatan dan seni hiasan.

Secerah Mentari Seharum Kasturi
Salam Diberi Pembuka Bicara
Berttuah JadiKaum Komunuti
Ilham Dintigrassi Tenaga Disiaga


Hala Tuju Kita

Penelitian, penerangan dan huraian ini adalah untuk mengenbalikan satu lagi pusaka kesenian tradisional orang-orang Melayu dialam bidang seni ukiran kayu yang hampir dilupakan. Diharapkan ianya dapat memberi panduan, petunjuk dengan lebih jelas dan terpeinci kepada jenerasi muda, penggiat, pengusaha, pengemar, peneliti seni ini serta dapat menambahkan lagi kefahaman dan keyakinan tentangnya.

Dengan hasrat yang menggunung tinggi dapat dapat kiranya dimaju dan diperkembangkan nescaya ianya tidak lenyap ditelan zaman serta dapat dikembalikan berada ditahap kebanggaan mengikut peredaran masa. Kita amat bergantungharap kepada mereka supaya dapat mencari penemuan penemuan, bahan-bahan baru, rekabentuk moden dan sebagainya.

Penelitian, penerangan dan huraian ini cuba meliputi latarbelakang seni ukiran kayu dari sudut sejarah orang Melayu, kepercayaan dan amalan tradisional di Malaysia, konsep menjana motif, bentuk merangkumi pembentukan, rekabentuk ukiran, jenis ukiran merangkumi awan larat larit, dan kumai serta teknik yang merangkumi bahan, peralatan dan proses.

Sekapur Sireh Seulas Pinang
Adat Warisan Dahulu Kala
Kabur Dan Remeh Diulas Terang.
Ralat Dikesan Dipantau Pula




UkiranKayu
Warisan Seni Melayu
Tradisi Di Malaysia


Orang-orang Melayu adalah bangsa yang kaya dengan kesenian dan kebudayaan yang telah dicapai, setanding jika dibandingkan dengan kebudayaan-kebudayaan bangsa lain di dunia,. merangkumi semua aspek kraftangan yang dihasilkan. Rekabentuknya yang menarik, unik dan mempunyai maksud tersirat jika diperhatikan pada hasil-hasil seni seperti ukiran kayu, anyaman, ukiran tembaga dan sebagainya.

Menurut istilah Dewan Bahasa; Seni ukiran kayu merupakan satu proses menoreh, menggores dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membentuk rekabentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain. Kamus Umum Bahasa Indonesia, memberi maksud orang yang perkejaanya mengukir atau seni pahat atau menguris kayu, memahat pada kayu, batu, lagam dan sebagainya. Kesimpulanya; ukiran kayu adalah kerja mengukir atau mengoris kayu mengikut rekacorak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat, pisau dan sebagainya. Usaha kerja mengukir adalah merupakan satu cara penghayatan, penyataan seni emosi seniman dan daya cipta dalam bentuk tampak terhadap beraneka benda serta berfungsi terhadap penggunanya pada masyarakat.. Tekniknya paling bebas dan tidak tertakluk kepada senibina, walaubagaimanapun tidak boleh berdiri dengan sendri tanpa pertolonganya, kerana ianya penyokong kepada rupa ukiran tersebut.

Tidak semua negeri-negeri di Malaysia, menghasilkan satu nilai seni ukiran yang sekata dan masih menghasilkan karya yang menarik. Taraf seni dan kemahiran yang tinggi boleh didapati hanya di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan, berdasarkan hasil karya yang tinggi nilai seninya dan tida tandinganya dari tempat lain. Dua aspek penting dalam senitampak ukiran kayu ialah kecekapan teknikal dan emosi atau fikiran seseorang itu bergabung dengan membentuk rupa.

Seniukuran merupakan satu cara penghubung alam realiti dan metafizikal, di mana hubungan ini dipancarkan melalui senibudaya dalam aliran sejarah, sosial dan geografi. Sejarah kebudayaan menunjukan kesenian diilhamkan oleh seseorang, didorong oleh citarasa agama yang menjadi kepecayaan yang. merupakan faktor utama dalam usaha rekacipta. Rekabentuknya merangkumi sifat-sifat ketuhanan dan kealaman serta mengurangkan penggunaan motif binatang atau makhluk.

Kaedah penilaian hasil seni kraftangan Melayu idambilkira dari alam jasad semulajadi, menampakan imej, realiti tampak (dapat dilihat) dan batin ( tidak dapat dilihat oleh mata ). Penelitian dan pengamatan secara zahir dan batin akan dapat melihat adanya hubungan diantara masa, realiti tampak dan sanubari dan mempunyai konsep yang menarik, unik, motif yang harmonis dengan keadaan sekeliling. Nilai agama dijadikan dasar atau unsur penghasilannyai, mempunyai nilai-nilai estatika yang yunik dan makna yang mendalam.

Seniukir tradisi Melayu merupakan kebudayaan yang mewakili pusaka bangsa yang bernilai dan melambangkan masyarakat itu mempunyai nilai keindahan yang tersendiri. Mengkaji dan meneliti secara mendalam seniukir kayu orang-orang Melayu umpama penerokan ketamadunan, falsapah dan ilmu batin orang Melayu.

Sejarah Bangsa Melayu

Dengan ujudnya orang-orang Melayu maka terhasilah ukiran kayu warisan seni Melayu tradisional di Malaysia dan hingga terpacu kearah zaman kegemilangan kesenian senibina Melayu, .Walaupun ianya dibincangkan secara ringkas, mudah-mudahan ianya akan menjadi asas kefahaman dan keyakinan terhadapnya.

Ahli sejarah athnologi menyatakan, penduduk-penduduk awal di Semenanjung Tanah Melayu adalah bangsa Melenosia, .juga dipangil Ocenic Negrod., sejak 2500-1550 kurun sebelum masehi. dan juga digelar 0rang-orang Melayu Proto, merupakan nenek moyang orang-orang Melayu sekarang.

Pandangan lain menyatakan ianya bermula hasil dari perpindahan kaum Mongolia dari Yunan ke Semenanjung Tanah Melayu, pada 300 tahun sebelum masehi, disebut sebagai orang-orang Melayu Debtro dan sekarang dipangil Kaum Asli Negrito.

Profesor r. Von Veiene Geldern, menyatakan orang-orang Mongol yang berhijrah ini juga berhijrah ke Laos, Filipina, Khemir dan Indo China, yang lebih bertamadun dari bangsa-bangsa lain yang membuat penghijrahan.

Dari kajian Sosiologi dan Antropologi, ketamadunan manusia telah mengalami berbeapa peringkat perubahan mengikut masa dan zaman. Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada setiap peringkat itu adalah merujuk pada alat-alat ciptaan manusia dalam usaha mereka memenuhi kehendak dan keperluan hidup mereka.
Gambar hiasan suasana perkampungan 0rang Melayu tradisional.