Monday, May 5, 2008

Konsep Dan Motif

Untuk memahami motif dicipta ukiran kayu, kita perlu memahami ajaran anutan orang-orang Melayu dari awal kerana ianya merupakan asas konsep rekacipta motif ukiran kayu tradis0nal Melayu di Malaysia.
Menurut Profesor Dr. Mohd. Taib Osman, pembentuka kepecayaan dan adat resam orang-orang Melayu di zaman silam telah melalui tiga peringkat iaitu pra sejarah, pengaruh hindu / buddha dan pengaruh agama / kebudaya Islam.
Kehadiran ajaran Ugama Islam, pemujaan atau menggunakan bahan berbentuk patung telah ditegah dengan tujuan mengelakan salah faham tentang ketuhanan, namun circ-ciri kebudayaan Hindu /Buddha masih dapat dilihat walaupun kansep Islam telah digunakan sepenuhnya.



Keterangan gambar di atas; keratan bunga teratai yang melambangkan konsep ketuhanan dan kealaman. Ianya boleh dibahagikan kepada 7 tingkat yaitu,
Tingkat Zat Allah,
Tingkat Muhammadiah,
Tingkat Hakikat-hakikat Segala Sesuatu atau hakikat,
Tingkat Alam Ghaib lagi Ghaib,
Tingkat Alam Ghaib,
Tingkat Alam nyata,
Tingkat manusia sempurna.






No comments: